suria

“Kalau content yes… nyanyian no!” - Harry Khalifah ulas penampilan personaliti media sosial sibuk nak jadi penyanyi

PENYANYI Harry Khalifah berpendapat penampilan TikToker Ratu Farah Diva dalam muzik video (MV) lagu cover Sikok Bagi Dua sesuai untuk tujuan content semata-mata.

Kata Harry Khalifah atau nama sebenar Ahmad Sairi Haslan Muhammad Redzwan, 42, dia terbuka jika pemilihan personaliti media sosial itu sekadar lakonan jalan cerita.

Namun, tidak menerima jika mereka ini diangkat sebagai penyanyi sebenar.

“Macam Ratu Farah tu saya tak pernah berjumpa dengan dia dan saya tidak tahu dia siapa... yang saya tahu saya tertengok video dia.

“Bagi saya itu hanyalah sekadar content.

“Kalau kita letakkan Ratu Farah dalam satu skop bidang nyanyian bagi saya tidak, tapi kalau di dalam skop content ya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Harry turut meluahkan rasa teruja apabila masih ramai yang menyukai karya-karya yang telah dihasilkan oleh dirinya untuk industri muzik tempatan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi