suria

Lagu viral lagi senang main di radio… Ziana Zain bersuara kewujudan penyanyi ‘tangkap muat’ dari media sosial

PENYANYI Ziana Zain meluahkan rasa kebimbangan apabila melihat ramai individu viral di media sosial kini diangkat menjadi penyanyi kerana dipandang berdasarkan jumlah pengikut yang ramai.

Kata Ziana, 54, isu ini perlu dipandang serius supaya industri dapat melahirkan penyanyi yang berkualiti dan bukan sekadar memandang populariti di media sosial semata-mata.

“Inilah teknologi ya, ada kelebihan dan keburukan sebab jika bernasib baik yang tular tu boleh menyanyi Alhamdulilah, tapi yang tidak boleh menyanyi tu, kami selaku penyanyi senior ni berfikir macam mana boleh keluar radio.

“Adakah sebab dia tular dan punyai like sehingga sejuta dan lagu itu harus diputarkan di radio? Lalu menjadi hit, siapakah yang patut bertanggungjawab?

“Mungkin dulu saya tidak berani bersuara tapi sekarang saya sudah berada lama dalam industri jadi perlu untuk bersuara, sebab kalau nak bersandarkan jumlah pengikut di media sosial, semuanya boleh dibeli, saya pun boleh beli pengikut tetapi itu bukan cara saya,” kata Ziana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi