suria

Bagi ‘teaser’ sikit-sikit dulu, Ayie Floor88 mahu peminat tertunggu-tunggu wajah anak… Sekarang dah mula rasa tak cukup tidur!

PENYANYI Ayie Elham meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan cahaya mata pertama pada usia 25 tahun.

Kata Ayie, 25, sehingga kini dia masih belum menunjukkan wajah anaknya di media sosial kerana mahu memberikan kejutan kepada peminat.

“Saya nak bagi kejutan, saya akan reveal tak lama pun mungkin dalam sebulan atau dua bulan.

“Saya nak bagi orang tertunggu-tunggu muka anak Ayie macam mana!

“Cuma sekarang ni saya dan Tasha bagi teaser dulu kita bagi tengok mulut, mata nanti insyaAllah dalam sebulan lagi saya akan reveal muka anak saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha Awie telah selamat memiliki cahaya mata perempuan pada 22 Julai lalu yang diberi nama Nayla Amanda.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi