suria

“Ada elaun tak?” - Amelina tak kejar gelaran ‘ratu dangdut’, semuanya terpulang kepada peminat… Sempat ulas nyanyian viral Ning Baizura

PENYANYI Amelina tidak bersetuju dengan pendapat segelintir netizen yang mendakwa Ning Baizura kini sudah tidak mampu lagi untuk menyanyi secara ‘live’.

Kata Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 48, dia tidak nampak apa yang salah dengan nyanyian Ning Baizura dalam video yang tular itu

“Zaman-zaman viral ni memang macam itulah, apa yang saya tahu Ning menyanyikan 20 buah lagu pada malam itu.

“Jadi bukan senang untuk kawal dan lagi satu Ning Baizura menyanyi menggunakan falsetto.

“Cara teknik nyanyian dia memerlukan kekuatan yang banyak, bukan dia terkucil tapi dia sempat kawal suara dia dan tiada yang sumbang bagi saya,” katanya kepada mStar.

Amelina antara artis yang turut hadir memeriahkan program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di Kuantan City Mall pada Sabtu lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi