suria

Disebut bakal pelapis penyanyi rock… ada sebab Amir Masdi jadikan Siti Nurhaliza idola muzik

PENYANYI Amir Masdi tidak kisah jika masih ramai yang menggelarnya penyanyi underrated.

Kata Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, dia menganggap gelaran itu sebagai pembakar semangat untuknya terus menjadi seorang penyanyi yang lebih baik.

“Bagi saya memang semua artis akan ada proses dan progres... saya sendiri pernah lalui situasi naik dan turun sebagai penyanyi.

“Proses tersebut biasa bagi semua artis dan saya mengharapkan untuk momentum saya ni kekal berada di atas dan insyaAllah saya akan terus belajar.

“Orang kata saya underrated tu mungkin itu pendapat mereka dan saya terima saja.

“Mungkin underrated tu satu perkara yang bagus dan maksud mereka sebagai satu potensi yang besar dan saya akan kejar ke arah itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Amir turut berkongsi dirinya mengidolakan penyanyi seperti Faizal Tahir, Akim Ahmad, Datuk M. Nasir, Ella dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri muzik tempatan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi