suria

Nyanyian lagu ‘Percayalah’ viral, penyanyi Iban terkejut Ajai siap puji… ada kata macam suara Adibah Noor, Siti Sarah

VIDEO seorang wanita bernama Winnie Albert menyanyikan lagu Percayalah dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza menjadi tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Memiliki bakat menyanyi sejak kecil, Winnie, 45, berkata dia mengidolakan arwah Adibah Noor dan bersyukur dengan kuasa viral kerana telah membuka mata ramai pihak untuk mengetahui bakat yang dimiliki wanita berbangsa Iban ini.

“Saya ingin menyatakan kuasa viral ini memang kuat dan ia telah membuka mata setiap insan yang tahu menghargai bakat seseorang.

“Sebenarnya saya minat dengan Dayang, Idayu, arwah Siti Sarah dan paling saya minat adalah arwah Adibah Noor kerana dia adalah idola saya.

“Sekiranya saya menyanyikan lagu arwah Adibah Noor ia sangat menyentuh perasaan kerana saya anak yatim piatu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Winnie sudah memulakan karier sebagai seorang penyanyi di Sarawak sejak tahun 1992 lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi