suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siti Nordiana seronok tengok anak membesar, sampai ada salah sangka ingat ‘boyfriend’… Dalam diam lagi ramai peminat!

PENYANYI Siti Nordiana teruja dan dalam masa sama sebak apabila melihat anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 14, semakin meningkat remaja.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, Rayyan adalah peneman hidupnya dan sudah boleh diharap menjadi pembantu peribadinya.

“Nana rasa seronok apabila Ryan semakin membesar dan boleh menjadi pembantu peribadi sekarang ini untuk segala kerja yang melibatkan show semua.

“Nana selalu muat naik gambar dia di media sosial tetapi rupanya peminat lagi berminat terhadapnya, orang suka melihat telatah saya dan anak macam sweet seperti kawan,” kata Nana kepada mStar.

Dalam pada itu, Nana mendedahkan ada pihak produksi yang mahukan Ryan untuk berlakon namun terpaksa ditolak kerana ingin fokus kepada pelajaran terlebih dahulu.

"Banyak juga tawaran yang diterima tapi Ryan ni seorang pemalu dan kadang-kadang dia tidak mahu pun, jadi terpaksa saya menolak kerana mungkin dia belum bersedia, lagipun biarlah dia fokus kepada pelaran terlebih dahulu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi