suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dolla makin menyinar! Usaha keras berhasil, janji tampil dengan lagu baharu ada ‘wow factor’

KUMPULAN Dolla meluahkan rasa syukur kerana peminat sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.

Setiap kali kemunculan single terbaharu, pastinya lagu nyanyian mereka menjadi hit dan menduduki carta radio tempatan.

“Kami ingin hasilkan lagu yang ada wow factor setiap kali muncul dengan lagu baharu dan Dolla sangat bertuah kerana mempunyai peminat dan kumpulan yang terbaik.

“Sangat bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini melalui karya kami telah dihargai oleh peminat,” katanya kepada mStar.

Meskipun banyak kemunculan penyanyi wanita berkumpulan yang baharu, namun dilihat belum mampu menandingi kumpulan ini.

“Peminat tahu menilai usaha yang dilakukan dengan hasil kerja keras kami, bukan disebabkan tiada kumpulan yang menyerlah berbanding kami.

“Kami akan sentiasa memberikan sokongan kepada kumpulan wanita yang lain terutama yang ingin memasuki industri ini,” ujarnya.

Dolla dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi