suria

Scha Alyahya terbuka hati terima teguran netizen, mengaku salah pakai skirt pendek… Tak perlu tegakkan benang basah!

PELAKON Scha Alyahya memohon maaf kepada netizen yang tersinggung atau berasa kurang senang melihat penampilannya mengenakan skirt pendek ketika bercuti bersama keluarga di Singapura, baru-baru ini.

Kata Scha atau nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 39, dia berlapang dada menerima teguran itu dan mengakui kesilapan tersebut.

“Saya tidak mudah dicuit, benda yang saya buat tu saya rasa salah saya akan mengaku.

“Kalau bagi saya benda tu mengarut saya akan buat tak tahu sebab at the of the day benda itu bagi saya tak menggangu saya.

“Saya pun dah lama dalam industri jadi saya tahu apa yang patut buat apa yang tidak patut buat, kalau buat salah dan sebagainya tak perlu kita nak mancabar atau nak membalas,” katanya kepada mStar.

Scha muncul sebagai penampilan khas dalam Filem Air Force Selagi Bernyawa yang dibarisi oleh pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Datuk Adi Putra, Sara Ali, Nas-T Fezrul Khan dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi