suria

‘Jelajah 90 Suria’ satukan Nabila Razali dan Renggo (Arrow)… Akui belum jumpa ‘chemistry’ tapi tak tolak muncul lagu duet

SELEPAS viral penyanyi Nabila Razali tidak mengecam Renggo Arrow dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima April lalu, akhirnya Suria FM menggandingkan mereka dalam satu pentas yang sama.

Penyanyi daripada dua generasi ini berduet menerusi lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di Paradigm Mall pada Sabtu lalu.

“Ini merupakan pengalaman pertama, kami baru sahaja berlatih dan rasanya chemistry belum ada lagi tapi sekiranya diberikan peluang sekali lagi InsyaAllah kami akan buat yang terbaik.

“Idea untuk kolaborasi ini spontan saja, dalam pemikiran Bella pun ia merupakan satu yang wow dan pihak Suria pun mengganggap perkara yang sama, jadi saya hanya mengikut seperti yang dirancang,” kata Renggo kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila pula mengakui sedikit gementar untuk bergandingan dengan Renggo kerana memikul tanggungjawab besar menyanyikan lagu kumpulan itu.

“Pertama sekali memang agak nervous sebab nak bawa lagu yang semua orang tahu dan itu satu tanggungjawab yang besar kerana saya masih setahun jagung dalam industri.

“InsyaAllah sekiranya ada rezeki Bella dan abang Renggo akan disatukan dalam sebuah lagu baharu cuma yang itu anda semua kena nantikan update daripada kami,” kata Nabila.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi