suria

“Hentikan gimik bodoh menjatuhkan industri” - Yonnyboii kesal karya berkualiti tak dipandang, lagu viral pula diangkat!

PENYANYI Yonnyboii sedih apabila industri muzik Malaysia kini didatangi oleh golongan penyanyi viral yang sering membuat gimik murahan.

Kata Yonny atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, dia turut terkilan apabila usahanya menghasilkan lagu berkualiti tidak diangkat seperti lagu viral lain yang menggunakan gimik murahan.

“Saya boleh kata, saya dan rakan-rakan lain bersungguh-sungguh nak hasilkan sesuatu lagu.

“Bukan senang nak hasilkan satu lagu pening kepala nak fikirkan lirik, composition semua itu!

“Tapi orang lain boleh je buat lagu macam parodi-parodi, lawak-lawak lepas itu diangkat sedangkan lagu yang kami buat secara serius ni tak diangkat seperti itu,” katanya kepada mStar.

Yonnyboii antara artis yang beraksi ketika Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell bersama artis lain seperti Dolla, Zamani, Nabila Razali, Kumpulan Boboy dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi