suria

“Dia buat kerana Allah” - Yusry restu penghijrahan Lisa Surihani, tak mahu ambil ‘credit’ perubahan isteri

PENGARAH Datuk Yusry Abdul Halim menjelaskan penghijrahan isterinya iaitu Datin Lisa Surihani selama ini adalah atas kehendak sendiri selepas mereka pulang menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.

Kata Yusry, 49, Lisa melakukan penghijrahan itu kerana Allah SWT dan bukan disuruh atau dipaksa olehnya.

“It’s all her, itu apa yang dia mahu dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT.

“Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?

“Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata... eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya kepada mStar.

Yusry merupakan salah seorang pengarah dalam filem Juang bersama empat pengarah lain iaitu Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Aziz M. Osman.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi