suria

Zizan Razak tak mampu tolak pelawaan program agama, akui ramai suka gandingan dengan Ustaz Azhar Idrus

PELAKON dan pelawak Zizan Razak menerima pujian netizen kerana turut terlibat dalam program keagamaan bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Terengganu, baru-baru ini.

Kata Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 38, dia berasa bersalah jika menolak pelawaan menghadiri majlis agama tersebut kerana objektif program sedemikian adalah untuk menyampaikan dakwah secara santai.

“Orang suka gandingan saya bersama Ustaz Azhar Idrus, sebab itulah saya tidak menolak.

“Lagipun Ustaz Azhar Idrus dan juga pihak yang terlibat menganjurkan program tu memang berniat nak berkongsi ilmu sambil bergelak ketawa.

“Berkongsi tentang agama dan kehidupan jadi saya rasa salah kalau menolak,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zizan merupakan antara pelakon yang membintangi filem Juang.

Selain Zizan, Juang turut dibarisi oleh pelakon hebat lain seperti Zul Ariffin, Janna Nick, Izzue Islam dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi