suria

“Malu kalau anak tanya tapi tak tahu” - Floor88 ikuti kelas mengaji al-Quran, terbuka hati selepas nampak iklan

KUMPULAN Floor 88 mendedahkan mereka kini sedang mengikuti kelas pengajian al-Quran.

Menurut Achoi yang juga merupakan gitaris kumpulan Floor88, mereka mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas mengaji itu selepas terlihat iklan berkaitan di media sosial.

“Sebenarnya kelas mengaji yang kami sertai ni lebih kepada pembetulan bacaan al-Quran dan dalam masa mempelajari mengenai solat dan sebagainya.

“Kami belajar lebih mendalam mengenai sebutan dalam mengaji kerana setiap bacaan mempunyai sebutan dan makna yang berbeza, jadi kami boleh tahu setiap kesalahan dalam bacaan.

“Kami ternampak iklan mengenai kelas khas mengaji ni di media sosial dan terus ambil keputusan untuk menyertainya bersama ahli yang lain kerana maklumlah usia sudah lanjut jadi agak segan sebenarnya sekiranya nak sertai kelas biasa bersama kanak-kanak,” kata Achoi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi