suria

“Dia ada hak marah!” - Khir Rahman minta penerbit tak terlalu ‘hard feelings’ sampai nak saman YouTuber kritik filem

PELAKON Gadis Jolobu The Movie, Khir Rahman terbuka menerima kritikan dan tiada masalah filem itu dikritik oleh seorang YouTuber, baru-baru ini.

Kata Khir atau Khairulizam Abdul Rahman, 49, YouTuber berkenaan mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan jika tidak menyukai sesuatu karya yang ditonton.

“(YouTuber kritik filem) Saya rasa okay saja, cuma kali ini saya rasa dia tambah marahlah bukan sekadar kritik tapi dia marah dan dia ada hak untuk marah.

“Bagi saya tiada masalah dengan media atau netizen macam mana perangai atau bahasa mereka mungkin sebab saya dah ada ‘vaksin’ saya kuat.

“Termasuk pengkritik filem kalau dia nak kritik ke nak marah,” katanya kepada mStar.

Khir merupakan salah seorang pelakon dalam Filem Gadis Jolobu bersama Hattan dan Joey Daud.

Baru-baru ini, penerbit Gadis Jolobu The Movie iaitu Saraleana Nattaya Azmi memaklumkan peguamnya sudah menyerahkan surat tuntutan Letter of Demand (LOD) kepada seorang YouTuber kerana didakwa menulis komen fitnah

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi