suria

[VIDEO] Puteri Sarah lega ada perkembangan kes, sahkan Ira Kazar beri keterangan kepada Jawi

PELAKON Puteri Sarah memberitahu dia dimaklumkan mengenai Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan dengan suaminya iaitu Syamsul Yusof telah hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberi keterangan, baru-baru ini

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, berkata, pihaknya mengetahui mengenai perkara itu namun tidak dapat berkongsi perician lanjut.

Menurut Sarah, urusan perundangan itu mungkin mengambil masa kerana perlu melalui proses yang agak panjang.

sarah 3

Krisis rumah tangga Sarah dan Syamsul hangat diperkatakan kerana kehadiran orang ketiga.

"Siasatan masih berjalan dan saya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk melakukannya.

"Perkara ini memang ambil masa panjang kerana melibatkan kes mahkamah," katanya kepada mStar.

Sarah berkata demikian ketika ditemui di sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya saya ganyang dia” - Puteri Sarah buat 2 tuntutan terhadap Ira Kazar di Jawi

ARTIKEL BERKAITAN: “Sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri!” - Tidak biar diri terus dibuli, Puteri Sarah hantar notis saman fitnah kepada netizen

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia sebelum ini telah membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

"Saya lega ada perkembangan tentang perkara ini dan mengharapkan kemenangan.

"Perjuangan ini bukan untuk diri saya seorang tetapi ia juga melibatkan anak-anak. Bersabar kerana memang ini satu proses yang panjang.

Saya lega ada perkembangan tentang perkara ini dan mengharapkan kemenangan

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

"Saya tak kisah menunggu lama kerana yang penting siasatan ini berlangsung dan nampaknya usaha keras berjalan," jelasnya.

Sarah turut memaklumkan pihak ketiga terbabit telah dikeluarkan arahan injuksi supaya tidak mengganggu mahupun mendekati dirinya dan keluarga.

"Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi terus dengan saya mahupun mendekati keluarga," ujarnya.

sarah 2

Sarah, Azrel Ismail dan Anna Jobling bakal menjayakan teater Maduku Terpaling Kalut.

Untuk rekod sebelum ini Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan