suria

Sepahtu penyambung legasi Senario? Saiful Apek kata ada beberapa kriteria masih belum capai

PELAWAK Saiful Apek berpandangan masih belum ada pelawak generasi baharu yang mampu mengulangi fenomena Kumpulan Senario suatu ketika dahulu.

Kata Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 53, dia masih belum nampak pelawak solo atau berkumpulan yang mempunyai sitkom, album, konsert dan filem sendiri seperti Senario.

“Fenomena macam saya bersama dengan Kumpulan Senario dulu.

“Satu-satunya kumpulan yang mencetus fenomena ketika itu, bukan sahaja komedi tapi ada sitkom, album, konsert, filem sendiri.

“Jadi cuba beritahu kepada saya, ada tak pelawak sekarang solo atau berkumpulan yang ada kriteria ni? Jadi takkan nak habiskan begitu tanpa ada pengganti baharu,” katanya kepada mStar.

Apek merupakan salah seorang juri dalam program Awesome Raja Lawak yang bakal bermula pada 7 September 2022.

Dalam pada itu, Apek turut mengulas pandangan orang ramai bahawa kumpulan Sepahtu merupakan penyambung legasi selepas Senario.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi