suria

Akhil Hayy sokong pandangan PU Syed bantah konsert penyanyi luar… Minta pihak berkuasa tapis, fikir kesan pada umat Islam

PENDAKWAH selebriti Ustaz Akhil Hayy bersetuju dengan pandangan PU Syed membantah penganjuran konsert melibatkan artis luar negara.

Kata Akhil atau Akhil Abdul Hayy, 53, hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT bukannya untuk merosakkan tetapi untuk kebaikan umat Islam.

“Jangan ingat cuma ada hukum soal tutup aurat, tidak minum arak, jangan ambil dadah.

“Bukan Allah nak menyusahkan kita tetapi Allah nak beri peringatan kepada kita supaya kita tidak merosak.

“Saya tidak ingin meletakkan satu justifikasi kepada isu ini tapi paling penting justifikasi Allah itu lebih tepat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ustaz Akhil Hayy bersama rakan artis nasyid antaranya NadaMurni (Rabbani & Hijjaz), Nazrey Johani dan Shahir Zawawi akan beraksi di Konsert Nasyid Lagenda pada 29 Oktober 2022.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi