suria

“Ikutkan nak buat di masjid tapi tak jadi”… Shiera sibuk urus kahwin anak, dah ready bergelar nenek

BAKAL menyambut menantu pertama tidak lama lagi, penyampai Suria FM iaitu Sharifah Shahirah berkata dia sudah terbiasa menguruskan kenduri kendara termasuklah majlis perkahwinan keluarga.

Kata Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 48, pada awalnya mereka merancang mengadakan majlis kecil-kecilan namun ibunya memberi cadangan agar ia dibuat secara besar-besaran kerana ini perkahwinan cucu pertama.

"Mak saya cadangkan sebab cucu pertama kahwin, jadi nak rasa ada majlis besar-besaran lagi pun beri orang makan itu ada barakah, saya cubalah!

"Ikutkan nak kahwin dekat masjid saja, tak jadi la pula sebab saya memang suka buat kenduri.

"Tapi tak buat dekat rumah sebab budak sekarang bukan nak tolong buang sampah jadi buat kat dewan," katanya kepada mStar.

Berkongsi kerjaya sebagai penyampai radio, Shiera atau Rara berkata dia tidak terasa hati apabila digelar DJ koyak bersama pasangan penyampainya iaitu Tyzo.

"Kami ni dah lama jadi artis, dah macam-macam koyak dah... berderai dah 10 kali jahit.

"Saya tak kisah sebab kalau tak kuat jangan jadi artislah," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi