suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen belum ‘move on’ tak mahu sokong karier Ali Puteh gara-gara isu lama… “Saya tidak boleh paksa orang suka”

PELAWAK Ali Puteh berkata masih ada netizen memandang negatif terhadapnya dan enggan memberikan sokongan dalam setiap persembahan lawak yang dibuat.

Ini termasuklah penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga yang sedang bersiaran di Astro Warna turut mengundang rasa kurang senang penonton.

Ali atau nama sebenarnya Ali Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, berkata sehingga kini masih ramai terus mengecam dan mengaitkan dirinya dengan konflik membabitkan balu Abam iaitu Nor Hidayah.

“Ada yang masih terbawa-bawa sehingga ramai yang tidak mahu tengok saya serta biarkan saja dan anggap tak kelakar.

“Walaupun begitu, saya masih okay sebab yang menilai kami di atas pentas adalah juri, kalau persembahan bagus maka tinggi markah kami.

“Saya tidak boleh memaksa mereka untuk suka saya dan tidak juga boleh paksa untuk benci tetapi saya tetap ambil yang positif,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi