suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak masuk industri guna ‘cable’? Afdlin Shauki kata nilai dulu kualiti lakonan… “Bapa dia pun bukan semua orang suka”

PENGARAH Datuk Afdlin Shauki menjelaskan bahawa anaknya Mia Sara masuk ke industri hasil usaha keras sendiri dan bukan menggunakan ‘cable’ (laluan) mudah.

Kata Afdlin, 51, untuk mengetahui seseorang itu menggunakan laluan mudah atau tidak, ia boleh dinilai pada hasil lakonannya.

“Kalau kau nak tengok orang tu bagus ke tak tengoklah lakonan dia.

“Dia ni berlakon bagus ke tak? Kalau dia tak bagus bolehlah cakap pakai ‘cable’... kalau dia bagus kau nak cakap apa lagi?

“Lagipun bapa dia pun bukan semua orang suka, ada yang suka ada yang tak suka,” katanya kepada mStar.

Afdlin merupakan pelakon utama bergandingan dengan Khir Rahman dalam filem arahan pertama Liyana Jasmay iaitu Cikgu VS Hantu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi