suria

Ramai puji TikToker Hasif Upin buat ‘challenge 10 saat’, selamba sedekah motosikal dan telefon… katanya bukan sebab nak viral

PENYANYI dan instafamous dikenali sebagai Hasif Upin telah menarik perhatian netizen memuat naik content video ‘challenge 10 saat’ di aplikasi TikTok miliknya.

Hasif atau nama sebenarnya Hasif Sharuddin, 30, berkata idea untuk content berkenaan timbul selepas dia memikirkan cara terbaik bagi membantu mereka yang memerlukan.

Menariknya, insan yang bertuah itu diberi masa selama 10 saat untuk mendapatkan barangan keperluan yang mereka mahukan.

“Sumbangan itu saya berikan nama 10 saat sebab memang niat untuk sedekah kepada orang susah dan sekarang ini memang pilihan calon tu secara rawak sahaja untuk individu berdekatan dengan saya.

“Saya dapat dana hasil titik peluh sendiri sebab saya seorang YouTuber dan sekarang ini menjadi artis dibawah Armani Entertainment Group serta duta untuk produk air minuman... malah menerima beberapa undangan nyanyian.

“Saya biasa hidup susah jadi apa salahnya dengan rezeki yang dapat ni boleh dikongsikan kepada orang lain,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hasif turut memberitahu tindakannya memuat naik cabaran terbaharu iaitu ‘bercumbu 10 saat’ mengundang rasa kurang senang netizen.

“Saya memang tidak ambil peduli sangat mengenai kecaman ini kerana apa yang paling penting adalah jangan melibatkan keluarga saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi