suria

[VIDEO] “Jangan salahkan orang lain” - Tauke Jambu jawab gelaran ‘kaki sidai’, katanya tiada isu dengan Man Raja Lawak

PELAWAK Tauke menafikan dakwaan rakannya iaitu Man Raja Lawak yang mengatakan dirinya seorang 'kaki sidai' atau suka membuat seseorang tertunggu-tunggu serta sukar memberi kerjasama semasa bergandingan dalam program Maharaja Lawak Mega 2018.

Menjawab mengenai perkara itu, Tauke atau Zamatul Amri, 46, menjelaskan kesibukan terhadap karier seni membuatkan dia terlepas pandang mengenai komitmen kerja antara mereka.

"Kaki sidai? Itu terpulang kepada dia tapi saya memang okay dengannya tiada sebarang masalah.

"Sebab kadang-kadang ada masa kita terlalu sibuk untuk kejar sesuatu yang terbaik hingga terlepas pandang tapi saya pun masih belajar untuk orang menerima cara saya," katanya kepada mStar.

photo_6109620433901958099_x

Tauke Jambu enggan simpan dendam terhadap kawan.

Tauke berkata demikian ketika ditemui semasa siaran langsung minggu pertama program Raja Lawak Awesome yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

"Sebenarnya saya tidak menyimpan apa-apa rasa pada sahabat sekiranya selesa ke atau tidak untuk bersama saya kerana itu bergantung pada hak mereka sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Man Raja Lawak serik kerjasama dengan Tauke, letih asyik kena ‘sidai’... “Kami ngam tapi bukan bab kerja”

"Tugas saya hanya membantu, sekiranya ada kesilapan jangan tuding jari kepada orang lain tetapi pada diri sendiri.

"Saya tidak suka salahkan orang dan cerita mengenai orang lain," jelasnya.

Dalam satu temu bual bersama mStar pada Rabu, Man mendakwa enggan untuk bekerjasama dengan Tauke Jambu pada masa akan datang kerana beberapa isu terutamanya membabitkan disiplin pelawak itu.

Sebenarnya saya tidak menyimpan apa-apa rasa pada sahabat sekiranya selesa ke atau tidak untuk bersama saya kerana itu bergantung pada hak mereka sendiri.

TAUKE JAMBU

PELAWAK

"Tauke ni kalau bekerja memang bagus, idea bagus, komitmen pun bagus cuma yang kurangnya selalu buat kawan menunggu lama," kata Man.

Sementara itu, Tauke berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan rakannya itu pada masa akan datang.

Berkongsi tentang perkembangan kerjaya, Tauke berkata dia kini sedang memperlahankan kariernya seni dan fokus kepada bidang perniagaan.

Capture11111

Tauke kini perlahankan karier seninya dan tumpu kepada bidang perniagaan.

"Memang dalam seni saya senyap sedikit dan ada beberapa tawaran saya tolak sebab urusan perniagaan.

"Lagipun dengan penularan wabak ni jadi industri seni ada kalanya tidak menentu, jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk meneruskan kelangsungan hidu," ujarnya.

Untuk rekod, Tauke dan Man pernah digandingkan dalam program Maharaja Lawak Mega 2018 membentuk kumpulan Taman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain