suria

Bapa kandung Puteri Balqis direman 5 hari dakwaan cabul, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

Puteri Balqis membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya pada malam Isnin lalu.

POLIS mengesahkan bapa kandung kepada pelakon Puteri Balqis sudah ditahan pihak berkuasa pada Selasa di Kedah pada pukul 2.25 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan membabitkan dakwaan kes serangan seksual, memiliki bahan lucah dan pengabaian.

Pihak polis kata Wan Azlan turut merampas telefon bimbit milik suspek yang telah dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisa lanjut.

Bagaimanapun katanya, ujian air kencing yang dilakukan terhadap lelaki itu didapati negatif selain tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Dalam perkembangan sama, Wan Azlan turut memberitahu pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap suspek sehingga 12 September ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, Puteri Balqis, 15, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada malam Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah”

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber hadir ke balai polis dipercayai berhubung isu Puteri Balqis, pertahan tindakan siar temu bual atas dasar hak asasi manusia

Dalam laporan itu, Aqish menytakan telah diganggu secara seksual oleh bapa kandunganya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.

Aqish terdahulu membuat pendedahan berani tentang perkara itu menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube yang dimuat naik pada Sabtu lalu.

Menerusi temu bual itu, Aqish mendakwa pengalaman pahit itu telah memberi kesan kepada emosi dan pembentukan dirinya hari ini.

Dia juga bertindak mendedahkan semua pengalaman memalukan itu kerana sudah tidak tahan apabila semua orang menyalahkan ibunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain