suria

Kes cabul Puteri Balqis mungkin jadi rumit, peguam bangkitkan isu pembuktian jenayah… “Tapi mangsa sendiri boleh menjadi saksi”

Peguam Nurul Hafidzah menjelaskan beberapa fakta perundangan isu melibatkan Puteri Balqis.

PENDEDAHAN pelakon remaja Puteri Balqis Azizi yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh bapa kandungnya ketika kecil mengejutkan banyak pihak.

Pengakuan yang dibuat menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.

Selain bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish, segelintir turut mempersoalkan sama ada pelakon remaja itu pernah membuat laporan polis terhadap pelaku atau pun sebaliknya.

Mengupas dari sudut perundangan, peguam Nurul Hafidzah Hassan menjelaskan kesalahan jenayah di Malaysia tidak mempunyai batasan waktu dan seseorang boleh membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang meskipun sesuatu kejadian itu sudah lama berlaku.

553

Pendedahan Puteri Balqis mengejutkan banyak pihak.

Meskipun begitu, Nurul Hafidzah menjelaskan kebarangkalian kes menjadi rumit tinggi kerana mangsa mungkin sukar membuktikan dakwaan yang dibuat disebabkan beberapa faktor seperti saksi tidak dijumpai atau meninggal dunia selain bahan bukti sudah tiada.

"Bagaimanapun bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis buat laporan polis nafi dakwaan anak... Pengguna Twitter siap tunjuk bukti perbualan!

Ditanya mengenai tindakan Aqish berkongsi perkara itu secara umum, Nurul Hafidzah menjelaskan pihak yang membuat sebuah forum untuk berkongsi perkara sedemikian tanpa sabitan di mahkamah akan membuka ruang kepada orang yang diperkatakan untuk memfailkan saman fitnah terhadap mereka.

"Kes ini boleh menjadi lebih besar dan rumit sekiranya si pelaku berniat untuk mengambil tindakan mahkamah. Pihak mereka juga perlu bertanggungjawab kepada setiap komen yang mungkin berbaur fitnah dan boleh dijadikan tuntutan untuk didakwa.

Bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah.

NURUL HAFIDZAH

PEGUAM

"Jadi sebaik-baiknya, pengadu boleh terus melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan dilakukan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat," katanya.

Sementara itu, Nurul Hafidzah memberitahu dalam kes melibatkan amang seksual, pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerassan jenayah kepada seseorang dengan niat mencabul kehormatan.

Menerusi akta ini katanya, ia biasanya digunakan apabila perbuatan melibatkan mangsa di bawah umur dan tertuduh turut boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Balqis

Bapa Aqish turut dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi menyangkal semua dakwaan dibuat anaknya.

"Pendek kata, Seksyen 354 ini juga dikenali sebagai cabul dan di bawah Akta Kanak-Kanak ini ia melibatkan kes-kes perbuatan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak," jelasnya.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, Nurul Hafidzah berkata, elemen untuk membuktikan kesalahan cabul di bawah Seksyen 354 termasuklah; mesti terdapat serangan atau penggunaan kekerasan jenayah ke atas wanita atau kanak-kanak.

Serangan atau kekerasan jenayah juga mestilah dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan dan/atau dengan pengetahuan yang perbuatan tersebut akan menyebabkan kehormatannya dicabul.

"Dalam kes-kes Seksyen 354 di mahkamah, seseorang boleh didakwa kerana meraba walaupun tanpa melakukan 'serangan' atau 'kekerasan jenayah'.

"Tindakan meraba tersebut adalah termasuk dalam kekerasan jenayah dan/atau amang seksual," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain