suria

Bapa Puteri Balqis buat laporan polis nafi dakwaan anak… Pengguna Twitter siap tunjuk bukti perbualan!

Bapa Puteri Balqis nafi lakukan perbuatan tak senonoh.

SUSULAN pendedahan berani Puteri Balqis mengenai perbuatan ayah kandungnya yang didakwa pernah meraba dan mengajaknya menonton video lucah, bapa kepada pelakon berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan perkara itu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

279546677_294768126179605_8729032817294914128_n

Puteri Balqis dedah perbuatan tak senonoh bapa.

"Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut bersedia memanggil pelakon terbabit sekiranya ada laporan dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana ada sundal? Biasa-biasa saja” - Puteri Balqis jawab komen jahat netizen selepas digelar betina sundal jual ‘body’

ATIKEL BERKAITAN: Makin ramai selebriti wanita tayang pusat... Imej seksi Puteri Balqis dianggap ‘over’ bagi remaja 15 tahun

Sementara itu, menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan paparan skrin perbualannya bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.

Lelaki disapa sebagai GG memaklumkan dia telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.

pb 3

Seorang pengguna Twitter muat naik perbualan bersama seorang lelaki dipercayai bapa Puteri Balqis.

Kata lelaki itu, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.

Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain