suria

Nyanyian sumbang minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Ifa Raziah salahkan pakaian ganggu persembahan

Persembahan Ifa Raziah minggu ketiga Terpaling Juara turut menerima kecaman netizen.

KEMUNCULAN Ifa Raziah menerusi program realiti Terpaling Juara minggu ketiga sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila penyanyi itu didakwa telah merosakkan lagu nyanyian asal Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya.

Disebabkan itu, Ifa menerima komen pedas daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut.

Ifa menyalahkan pakaian yang digayakan sehingga telah menggangu persembahannya.

"Mula-mula tu nak masuk dah senget, bahagian korus cover sikit, lepas tu dia slack balik.

yt

Ifa Raziah menyanyikan lagu Ella berjudul Sepi Sekuntum Mawar Merah.

"Adakah baju itu yang menggangu atau pun daripada mula latihan memang susah untuk menjiwai lagu ini?," soal Hattan.

Ifa menjelaskan ketika sesi latihan, dia dapat menyanyikan lagu itu dengan baik mungkin kerana tidak mengenakan pakaian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kredibiliti dipertikai ekoran tersilap umum nama pemenang Dewi Remaja, Fikry Ibrahim hanya ikut informasi produksi

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiada pilihan lain, Erma Fatima dedah kena ‘sidai’ 2 tahun tunggu bayaran stesen TV

Rata-rata netizen turut bersetuju persembahan Ifa pada malam Ahad itu tidak memuaskan dan tidak sepatutnya menyalahkan busana sebagai punca nyanyiannya sumbang.

"Baju pula disalahkan. Aduhai. Dah pengalaman patut boleh biasakan diri tapi baju juga yang disalahkan.

"Tengok dia menjawab tadi memang tak mahu kalah. Salahkan baju. Artis lain macam Aina tu lagi haru fesyen dia ata pentas elok sahaja menyanyi.

"Praktis macam nak rak katanya pun tak menjamin suara jadi sedap. Awal-awal masuh pun dah sumbang," komen netizen.

IFA

Ifa Raziah merupakan anak didik kepada kapten Naim Daniel.

Sementara itu, Ifa dan Hazami yang berada di kedudukan dua tercorot bernasib baik apabila Hattan tidak bersetuju penyingkiran dibuat.

Hattan berkata, kesemua peserta perlu diberi peluang sekali lagi bagi membuktikan kebolehan sebenar mereka pada persembahan minggu hadapan.

Ifa yang pada awalnya kelihatan sugul bertukar ceria apabila produksi memaklumkan mereka bersetuju dengan cadangan Hattan untuk tidak melakukan penyingkiran.

Sebelum ini, Ifa pernah mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat cukup beremosi ketika menyanyikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah.

Program realiti ini mengandingkan tiga juara Anugerah Juara Lagu sebagai kapten iaitu Akim Ahmad pemenang AJL30, Hael Husaini (AJL32 dan AJL33) serta Naim Daniel (AJL34).

Terpaling Juara disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI