suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nad Zainal sudah bercerai, masih berkawan dengan bekas suami demi anak-anak

Nad Zainal mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Nad Zainal mendedahkan ikatan perkahwinan selama tujuh tahun dengan Muhammad Faliq Amiruddin sudah terlerai baru-baru ini.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar mereka berpisah.

"Benar, kami sudah bercerai baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dibuat dengan kata sepakat.

"Cukup saya kongsi status saya yang terkini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah," katanya menerusi kenyataan kepada media pada malam Sabtu.

WhatsApp-Image-2022-02-08-at-5.27.01-PM-1024x891

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Nad mengakui keputusan dibuat bukan mudah namun akur dengan takdir yang telah tertulis terhadap rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Sabah, Tracie Sinidol muncul juara Dewi Remaja 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry kemalangan, kereta terbalik dalam perjalanan ke Melaka... syukur isteri dan anak selamat

Apa lebih penting kata Nad, meskipun sudah bercerai namun hubungan mereka kekal baik demi dua anak mereka iaitu Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

"Apa lebih utama sekarang saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal.

"Kami masih berkawan baik demi anak-anak," katanya.

Hasil semakan di Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu, gambarnya bersama bekas suami juga sudah tidak kelihatan.

Untuk rekod, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain