suria

Ikmal Amry mohon maaf kepada mangsa kemalangan, kurang rehat punca kereta terbabas

Ikmal akui silap memandu dalam keadaan kurang rehat.

PELAKON Ikmal Amry tampil memohon maaf susulan kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain pada Sabtu lalu.

Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, menjelaskan pada hari kejadian, dia memandu dalam keadaan kurang rehat ekoran baru selesai menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi sebelum pulang ke Melaka untuk menziarahi keluarganya.

"Hari sebelum kejadian saya menjalani penggambaran sehingga pukul 7 pagi dan sudah berjanji untuk pulang menziarahi keluarga.

ikmal 3

Ikmal mohon maaf kepada semua pihak terlibat.

"Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya gagahkan diri memandu. Saya akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang sihat," katanya.

Iqmal membuat penjelasan itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad.

Terdahulu, kereta yang dipandu Ikmal hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan sehingga menyebabkan keretanya berpusing dan terbalik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry kemalangan, kereta terbalik dalam perjalanan ke Melaka... syukur isteri dan anak selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh jadi punca kemalangan, mangsa langgar kecewa Ikmal Amry buat tak tahu... “Apabila call, dia suruh cakap dengan bapa”

Salah satu mangsa, pemilik MyVi biru bernama Norliana Abdul Hamid turut mendedahkan keluarganya antara yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Ketika dihubungi mStar, Liana mendakwa Ikmal memandu laju dan enggan bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ikmal menjelaskan kemalangan itu bukan kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat terselamat.

Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan

IKMAL AMRY

PELAKON

Ikmal turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut.

"Syukur kepada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta MyVi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.

"Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan," jelasnya.

liana 1

Seorang mangsa terlibat, Norliana memberitahu kereta rosak teruk akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, Ikmal memberitahu dia sekeluarga masih trauma disebabkan insiden tersebut.

"Saya dan keluarga masih trauma dengan kejadian semalam. Perkara yang terjadi bukan biasa. Soal nyawa dan keselamatan pemandu lain yang terlibat.

"Masih tak boleh saya lupakan apa yang berlaku," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain