PESTA buku sememangnya menjadi acara tahunan yang dinantikan ramai pencinta buku kerana ia menawarkan pelbagai judul menarik pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran biasa. Namun, bagi sesetengah pengunjung, pengalaman manis memburu buku kegemaran adakalanya diselangi dengan situasi kurang menyenangkan sehingga menimbulkan rasa rimas. Menerusi satu luahan yang tular, seorang wanita berkongsi rasa kurang selesa dengan kehadiran segelintir jurujual yang aktif mempromosikan produk pendidikan kanak-kanak di sebuah pesta buku yang dikunjunginya.Pesta buku sentiasa dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat untuk mendapatkan naskah dengan harga murah. -Gambar hiasan AI"Maaf cakap la. Aku tiap kali pergi mana-mana pesta buku, mesti rasa serabut betul dengan geng-geng yang datang tanya umur anak."Setiap dua langkah ada je orang-orang macam ni. Lepas tu nak kena dengar dia explain bukan main panjang. Apabila tanya harga, jumlahnya cecah beribu ringgit," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Murid 6 tahun tampar ibu depan guru, campak buku dalam kelas... Pernah ditendang sampai mata lebamARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat ibu batal beli buku sekolah anak sebab tak cukup duit, suami isteri sanggup bantu bayar lebih RM500Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan usaha para jurujual terbabit dalam mencari rezeki.Bagaimanapun, pendekatan jualan yang terlalu mendesak dan mengekor rapat dianggap sangat mengganggu ketenteraman pengunjung."Tolonglah jangan kacau mood kami. Sebab ada segelintir promoter tu siap tunggu aku bayar, lepas tu ikut aku jalan semata nak suruh beli pakej dia pula."Aku tahu mereka nak cari rezeki, cuma kalau kat satu booth je tak mengapa, ni muncul dari pelbagai arah... tu yang rasa menjengkelkan," katanya.Seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa dengan jurujual di pesta buku.Dia sering dihampiri dan ditanya tentang anak serta produk pendidikan.Harga produk didakwa terlalu mahal hingga ribuan ringgit.Ada jurujual yang dikatakan mengekori pengunjung walaupun ditolak.Netizen bersetuju promosi agresif boleh ganggu pengalaman pengunjung.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian bersetuju bahawa kaedah promosi yang terlalu agresif boleh menyebabkan pengunjung berasa kurang selesa ketika menghadiri pesta buku."Faham mereka nak jual produk. Tapi apabila kita tolak baik-baik sebab harga mahal, dia boleh balas dengan jawapan menyakitkan hati macam kita tak beri pendidikan dekat anak."Lepas dengar dia cakap pakej harga beribu, saya cakap tak nak. Boleh pula jurujual tu menekan-nekan," komen warga maya.