ISU kekurangan ruang letak kenderaan sememangnya sering menjadi punca utama perselisihan faham antara jiran tetangga, terutamanya bagi isi rumah yang memiliki banyak kereta.Menerusi satu perkongsian yang tular di Thread, seorang gadis meluahkan rasa terkilan selepas menerima sekeping nota 'misteri' daripada individu yang dipercayai jirannya sendiri berhubung sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah. Menurut gadis itu, dia berasa hairan kerana kenderaan miliknya itu diparkir tepat di hadapan pagar kediaman sendiri dan bukannya menceroboh atau mengambil ruang di hadapan rumah jiran yang lain.Ada jiran bersikap penting diri dengan meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain. -Gambar hiasan AI"Salah aku ke? Aku parkir depan rumah. Untuk makluman dalam porch selalu kawan aku yang akan parkir dua kereta. Aku ni pula seminggu kerja luar, lepas tu terus balik kampung."Apabila balik sini, kereta pula tak hidup jadi aku biar je. Malam ni sampai rumah tengok dapat surat macam ni," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup jangan susahkan orang” - Lelaki ditegur pakcik jiran sebelah rumah, marah parkir kereta depan pagar sendiriARTIKEL BERKAITAN: Depan rumah jadi ‘port’ parkir kereta, wanita hilang sabar jiran pentingkan diri - “Kenapa ada manusia bodoh?”Dia kemudian berkongsi isu kandungan surat layang berkenaan yang meminta kerjasamanya supaya mengosongkan ruang di hadapan rumah bagi memberi laluan kepada jiran lain.Kata penulis surat berkenaan lagi, dia sepatutnya meletakkan kenderaan di dalam porch memandangkan ia dilihat kosong dari luar."Minta Kerjasama, porch anda kosong. Bagi peluang jiran-jiran parkir kat depan. Anak-anak dan cucu balik."Porch sendiri ada, kenapa tak digunakan. Timbang rasa sikit jangan pentingkan diri," tulis pengirim surat layang berkenaan.Enggan berdiam diri, gadis itu kemudian bertindak membalas semula surat berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar yang sedang dihadapi olehnya dan rakan-rakan serumah.Jelasnya, ruang porch rumahnya itu kelihatan kosong pada waktu tertentu hanyalah disebabkan rakan serumahnya keluar bekerja, namun ia tetap digunakan sepenuhnya untuk meletakkan kenderaan mereka apabila masing-masing pulang ke rumah.Gadis terkejut menerima nota jiran kerana meletakkan kereta di depan rumah sendiri.Dia menjelaskan kereta itu rosak dan tidak dapat dihidupkan.Jiran meminta ruang tersebut diberikan kepada anak dan cucu yang pulang.Gadis menegaskan dia tidak menggunakan ruang parkir rumah orang lain.Netizen mempertahankan haknya untuk parkir di hadapan kediaman sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AI Selain itu, dia turut menegaskan keretanya diparkir di hadapan rumahnya sendiri dan bukan menghalang atau menggunakan ruang kediaman orang lain."Porch saya kosong sebab masa tu kawan-kawan saya keluar kerja."Saya rasa saya parking di luar atau depan rumah saya sendiri. Kalau saya pentingkan diri sendiri, dah lama saya parking depan rumah orang."Lagi satu, saya kerap kerja di luar. Apabila balik, kereta tak boleh start. Sebab itu saya biarkan dulu," balasnya.Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang berpendapat gadis itu berhak meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya sendiri selagi tidak menghalang laluan atau menimbulkan gangguan kepada penduduk lain."Jiran saya pun ada macam ni. Depan rumah dia dah letak dua kereta, sebelah tu dia ambil ruang jiran dan ruang saya. Porch dia pula kosong."Saya sejenis kosongkan porch dan parkir kereta depan rumah sebab pernah ada jiran lorong lain datang parkir kereta depan rumah kita," kongsi warga maya.