suria

Video temu bual tular, Nad Zainal terganggu ramai buat spekulasi punca cerai... “Please stop! Let's move on”

Nad Nadia terganggu dengan spekulasi yang berbangkit berhubung penceraiannya.

PELAKON Nad Zainal menyangkal dakwaan kononnya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangganya dalam satu sesi temu bual yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, sebaliknya berkata, ia hanya temuramah berkenaan isu kecurangan rumah tanggan rentetan daripada tayangan finale drama bersiri Dendam Seorang Isteri baru-baru ini.

"Berikutan video temuramah yang tular, ramai membuat spekulasi saya memberi bayangan tentang keadaan rumah tangga saya sebelum ini, yang mana tidak benar.

"Please stop! Saya terganggu dengan spekulasi yang berbangkit," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

nad

Nad minta orang ramai henti buat spekulasi.

Menerusi temu bual itu, Nad yang memberi contoh dirinya memberitahu sekiranya pasangan bersikap curang, dia lebih suka jika sang suami berterus terang dan tidak menipu dirinya.

Kata Nad, sekiranya perkara itu berlaku kepada dirinya, dia tidak akan cuba pertahankan perkahwinan sebaliknya akan membiarkan suami untuk pergi ke pihak lain dan tidak perlu bergaduh demi mempertahankan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sudah bercerai, masih berkawan dengan bekas suami demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Klasik! Nad Zainal beri nama anak kedua... Budi Kalsom - “Semoga sentiasa indah pekerti, lembut perwatakannya”

"Saya cakap sendiri dengan pasangan saya, kalau you dah tak ada hati, cakap terus dengan saya, tak payah tipu-tipu. I tak nak tahu daripada orang lain.

"Sekarang ni, tak kisalah suami kita tu kaya ke, elok ke. Saya tak ada nak pujuk-pujuk. Just go lah! Malaslah nak gaduh-gaduh," katanya.

Dalam pada itu, Nad menjelaskan penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Faliq tiada kena mengena dengan kehadiran orang ketiga seperti didakwa berdasarkan temu bual berkenaan.

nad1

Pelakon ini masih tidak mahu mendedahkan punca dan tarikh sebenar mereka berpisah.

Sebaliknya kata Nad, apa yang terjadi tidak perlu dikongsi kepada umum dan tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh.

"Tiada orang ketiga. Tiada... Apa yang terjadi tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh. Let's move on," katanya.

Pada Sabtu lalu, Nad mengejutkan peminat apabila mendedahkan ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina bersama suami akhirnya terlerai.

Pelakon tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar dia dan Muhammad Faliq bercerai.

Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain