suria

Lakonan dipuji makin mantap! Fattah Amin belajar dari pengalaman, akui Fazura banyak bagi nasihat

PELAKON Fattah Amin menerima pujian ramai apabila lakonannya dikatakan semakin baik berbanding sewaktu awal kemunculan dahulu.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 31 dia banyak belajar daripada pengalaman dan isterinya iaitu Nur Fazura juga merupakan tulang belakang yang sentiasa membantu dalam kariernya.

“Berlakon ni umpama produk kerana kalau nak jual sesuatu produk tu... tambahan pula banyak produk lain yang bersaing, jadi saya perlu buat sesuatu.

“Saya perlu terapkan elemen unik dan lain supaya dapat jual bakat dan karya untuk bergelar seorang pelakon hebat.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini dan isteri saya merupakan penyokong kuat serta banyak bantu beri nasihat daripada segi karier, lagipun dia memang berpengalaman dalam industri ni,” kata Fattah kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Fattah Amin, pelakon, sensasi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi