suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afieq Shazwan teringin masuk AJL tapi perlu masa untuk mantapkan vokal… Akui kurang pengalaman atas pentas

PENYANYI Afiq Shazwan terharu serta tidak menyangka berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Jumlah Tontonan Muzik Video tertinggi di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 menerusi muzik video lagu Malam Semakin Dingin duet bersama Tajul.

Afiq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, berkata dengan kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya.

“Ini yang diimpikan oleh semua orang, kalau pelakon ada anugerah dia... kalau penyanyi pula pasti ada anugerahnya dan saya tidak jangka untuk menerima penghargaan ini.

“Lagi pun apa yang saya lakukan ini berdasarkan minat sejak kecil lagi untuk menjadi seorang penyanyi, pelakon dan pengacara jadi ini merupakan penghargaan dan hadiah buat saya kerana akhirnya segala titik peluh membuahkan hasil,” kata Afieq kepada mStar.

Muzik video Malam Semakin Dingin telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 34 juta tontonan di laman YouTube.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi