suria

[VIDEO] Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan

SELEPAS 16 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu akhirnya kembali bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat dalam linangan air mata.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Mesnun Hassan pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Muhammad Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Antara barang hantaran yang diserahkan pihak pengantin lelaki berupa beg tangan, barangan solekan dan wangian, jam tangan dan kek.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.59.34 AM

Sufian tenang sebelum dinikahkan.

Dalam pada itu, pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berona merah jambu rekaan Anas Abdullah dan solekan oleh Fazrin Wahid.

Majlis bertemakan fairytale dan Inggeris itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentas ‘Lagu Cinta Kita’ jadi saksi... Rupa-rupanya anak atur pertemuan Mas Idayu dengan Sufian Isa

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal disatukan dengan penerbit eksekutif TV3 pada 16 September, Mas Idayu dapat tajaan RM7 juta

Pada 4 September lalu, Mas mengadakan majlis adat bersiram selain majlis berinai pada malam Khamis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Terdahulu, Sufian menghantar rombongan merisik Mas di kediaman keluarga penyanyi itu di Kota Tinggi, Johor pada Mei lalu.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.59.33 AM

Sufian menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya.

Menariknya mengenai perkahwinan pasangan ini, ia mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.

Tajaan itu termasuklah lokasi majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan, katering, fotografi, set barangan kemas dan beberap busana pengantin.

Sementara itu, Mas dan Muhammad Sufian akan diraikan dalam majlis resepsi yang turut diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall pada sebelah malam.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 10.59.26 AM

Mas yang ditemani anaknya, Nur Dayini tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bergelar isteri.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mas memberitahu seperti kebanyakan pasangan lain, dia turut mengharapkan perkahwinan keduanya ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

"Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara meriah.

"Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama, tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas 16 tahun saya hidup sendirian," katanya.

WhatsApp Image 2022-09-16 at 11.01.21 AM

Pasangan pengantin bergambar bersama anak-anak mereka.

Pasangan ini dijangka akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu selama dua minggu.

Untuk rekod, Mas pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun pasangan itu bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain