suria

Berita palsu sudah meninggal dunia buat Ezad Lazim kesal, penat jawab panggilan perjelas keadaan sebenar

PENYANYI Ezad Lazim meluahkan rasa terkejut apabila tiba-tiba tular berita palsu tentang kematiannya sejak Khamis di media sosial.

Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, berkata, meskipun ini bukan kali pertama perkara serupa berlaku namun dia tidak menyangka ada pihak sanggup menyebarkan fitnah ketika dia masih sihat.

"Sebelum ini pun sudah ada terjadi perkara sama tapi ketika itu memang saya sedang sakit di hospital. Kali ini tiada pun berita sakit tiba-tiba saya dikhabarkan meninggal dunia.

"Saya pun tak faham kenapa masih ada yang sanggup buat begini. Apa paling pelik, tajuk yang ditulis tidak sama seperti cerita disampaikan.

ss

Berita palsu mengenai kematian Ezad yang ditulis oleh sebuah blog.

Dalam artikel berkenaan memberitahu adik saya meninggal dunia sedangkan arwah sudah lama telah tiada," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut Ezad dia menerima berita palsu itu selepas seorang rakan menghantar tangkap layar kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tujuh tahun ‘Menanti’, Yuna tampil lagu berbahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Shuhada mahu teruskan hidup tanpa dendam, ucap terima kasih kepada Aliff Syukri

Dia yang awal hanya mengabaikan perkara tersebut kemudian terpaksa menjawab dengan ramai orang yang menghubungi untuk pengesahan.

"Dalam kalangan orang terdekat memanglah tahu keadaan sebenar sebab mereka nampak saya post perkara lain di sosial media.

"Apa yang menjadi kerisauan adalah saudara-mara jauh yang banyak menghubungi bertanyakan hal ini.

"Bagaimanapun ada peminat muda yang menghantar mesej di sosial media memohon maaf selepas di ulang siar semula berita tersebut,” jelasnya.

Sementara itu Ezad berharap pihak terbabit tidak lagi mengulangi perkara sama terutama hal berkaitan nyawa seseorang yang boleh mengundang salah faham.

Tambahnya sosial media sepatutnya dijadikan medium untuk berkongsi berita baik dan sahih.

"Dah banyak kali jadi macam ini dan ramai sudah berkongsi nasihat. Masih lagi terjadi perkara sama. Janganlah kongsi kalau tak sahih, jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ezad baru sahaja melancarkan lagu berjudul Kasih Ku Abadi 2023 yang merupakan kolaborasi dengan kumpulan In-Team.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain