suria

Ijat Haikal juara Raja Viral musim pertama, bawa pulang hadiah wang tunai RM80,000

Ijat dinobat sebagai juara Raja Viral.

PERSONALITI media sosial Ijat Haikal muncul juara program Rajal Viral musim pertama yang berlangsung di AEON City Mall, Putrajaya pada malam Khamis.

Menerusi kemenangan itu, Ijat atau Izzat Haikal Abdul Hakim berjaya menewaskan sembilan lagi peserta pada peringkat akhir itu dengan memungut markah tertinggi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Ijat membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM80,000 berserta trofi.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Ijat meluahkan rasa syukur kerana muncul sebagai juara musim pertama program berkenaan.

ijat1 - 1

Ijat terima hadiah wang tunai bernilai RM80,000.

"Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki kemenangan ini selain keluarga, rakan-rakan dan semua yang hadir.

"Saya langsung tak jangka yang saya akan menang tapi saya datang dengan harapan tinggi dan tinggalkan pentas ini dengan kepuasan sebab saya dah lakukan yang terbaik.

"Kemenangan ini bonus yang tak saya jangka dan terima kasih kepada AEON atas peluang diberikan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng TikTok bersaing siapa paling hebat buat ‘content’, rebut gelaran Raja Viral!

Pada peringkat akhir itu, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia iaitu Low Ngai Yuen turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Peserta Raja Viral musim pertama diadili seratus peratus oleh juri profesional iaitu Datuk Aznil Nawawi serta wakil AEON, Todak dan TikTok.

Pada malam final itu, kesemua peserta membuat persembahan menerusi dua pusingan iaitu cara memperkenalkan diri secara bebas dan pengucapan awam yang diberikan topik secara rawak oleh pihak juri.

ijat2 - 1

Aznil selaku hos Raja Viral.

Raja Viral musim pertama dihoskan oleh Aznil yang juga merupakan mentor dan juri utama program tersebut.

Rakaman rancangan berkenaan dipertontonkan kepada media dan orang awam di dalam IOI City Mall, Putrajaya serentak dengan penyiarannya di platform Live TikTok AEON retail Malaysia.

Selain Ijat, pempengaruh TikTok yang turut bersaing pada malam final adalah Daing Ellando, Apan Malek, Tiya Kamal, Rusydi, Salynata, Tokmie Wong, Daud Reny, Kuza Mieza dan Fazza Ellando.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain