suria

Dulu hanya mampu berangan, El Azman ‘unlock’ impian jenama sendiri hiasi papan iklan gergasi di tengah KL

El Azman bangga dengan pencapaian Elrah Exclusive.

JENAMA pakaian tempatan, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan koleksi baju raya terbaharunya menghiasi papan iklan elektronik gergasi pada di bangunan TSLaw bersebelahan menara Tun Razak Exchange (TRX) sejak 15 Mac lalu.

Malah jenama tempatan itu mencipta rekod sebagai produk tempatan pertama menghiasi iklan di lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama mewah antarabangsa.

Iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam selama tempoh dua bulan itu dianggarkan menelan kos jutaan ringgit.

Pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan dan bukti ia tidak mustahil dilakukan oleh produk tempatan.

Elrah

Iklan gergasi Elrah Exclusive yang menghiasi Menara TSLaw di ibu negara.

"Kalau selama ini sewaktu melalui jalan berdekatan bangunan itu kita sering lihat jenama mewah seperti Loius Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya terpampang di skrin.

"Tapi sekarang saya bangga dan puas melihat Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi cacatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat sayang anak tiri, Madammu live Facebook sampai jadi jutawan... Ini 5 fakta ahli perniagaan cantik penaja AJL36

ARTIKEL BERKAITAN: Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan

Selain memaparkan wajahnya, iklan raya itu turut menampilkan selebriti berpengaruh seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Projek: High Council iaitu Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain dua bintang TikTok, Aabias dan Wan Chai.

Lebih mengundang perhatian, El Azman turut memaparkan wajahnya bersama pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak Kuala Lumpur dan Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim.

"Jika diperhatikan iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum Walk Setapak dan Pantai Klebang Melaka. Saya puji usaha dan semangatnya.

336020220_893368928610683_3273746955806051991_n

El Azman mengusahakan jenama terkenal itu sejak 2014.

"Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama ini. Syed Ahmad juga antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.

"Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, dua di Brunei dan dua di Indonesia. Secara keseluruhan kita mempunyai lebih 1,000 ejen di seluruh negara," katanya.

Berkongsi mengenai Syed Ahmad, El Azman percaya, usahawan itu adalah bukti jika seseorang itu mempunyai kemahuan, pastinya akan menemui jalan dalam mengecap kejayaan.

Meerqeen

Meerqeen antara selebriti yang menjadi model jenama itu tahun ini.

Katanya, pemuda berusia 26 tahun itu yang sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan selama dua tahun mula terjerebak dengan Elrah dan sejak itu dia menunjukkan minat dalam meneruskan legasi empayar yang dibangunkan.

"Kebetulan baju jenama saya bangunkan tular, dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu perniagaan. Diam tak diam, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan dengan Elrah Exclusive," katanya.

Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini, El Azman menyasarkan jualan sebanyak RM250 juta setahun bagi produk seperti baju Melayu, jubah serta kurta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain