suria

Sinonim dengan ‘Projek: High Council’, Mierul Aiman beralih watak komedi

Mierul Aiman menerima cabaran baharu menerusi watak komedi.

KETEGASAN watak Fakhri lakonan Mierul Aiman menerusi drama Projek: High Council bukan sahaja melonjakkan nama pelakon baharu itu tetapi menjadi bualan dalam kalangan penonton.

Lakonan Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, cukup meninggalkan kesan sehingga peranan tersebut sinonim dengan dirinya.

Terbaharu, Mierul berubah 180 darjah daripada karakter Fakhri apabila muncul dengan watak komedi menerusi drama terbaharu Imam Instant Ustazah Scammer.

Kata Mierul, watak Ronaldo dalam drama terbaharu itu memberinya peluang untuk keluar daripada peranan sebelum ini serta mengeksplorasi perkara baharu dalam karier lakonannya.

mierul2 - 1

Mierul dikenali menerusi watak Fakhri dalam Projek High Council.

"Menzahirkan watak sebagai Fakhri dalam Projek: High Council merupakan tanggungjawab besar yang diberikan kepada saya.

"Apabila diberi peluang membawa watak komedi, ini juga peluang saya untuk menghidupkan peranan diberikan agar dapat lari daripada Fakhri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut IG naik mendadak tapi Mierul Aiman sedih 'Projek High Council' bocor... "Cara support tu salah"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak menyerlah macam Meerqeen dan Nadhir Nasar, Mierul Aiman yakin populariti akan datang pada waktu tepat

Dalam pada itu, Juara Hero Remaja 2021 ini memberitahu menerusi Imam Instant Ustazah Scammer dia dapat menggali karakter sebagai seorang pelakon.

Malah aktor ini turut berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman bersama pelakon-pelakon lebih senior.

"Saya kena berada pada tahap tertinggi sebagai pelakon sebab Ronaldo seorang yang aktif dan ceria malam banyak meneroka watak itu di set dengan belajar dengan pelakon lain dan pengarah.

mierul1 - 1

Mierul bakal menghiburkan penonton dengan watak Ronaldo.

"Abang Yassin banyak ajar saya, banyak pengalaman yang saya dapat untuk menghidupkan watak komedi. Apatah lagi saya masih baru dalam genre ini," katanya.

Selain Mierul, drama Imam Instant Ustazah Scammer turut menampilkan barisan pelakon popular termasuk Hun Haqeem, Mira Filzah, Yassin, Yasmin Hani dan Qasrina Karim.

Drama tersebut ditayangkan bermula 5 Mac di saluran Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain