suria

Tak menyerlah macam Meerqeen dan Nadhir Nasar, Mierul Aiman yakin populariti akan datang pada waktu tepat

BERGELAR juara Hero Remaja 2021 bukan tiket mudah buat Mierul Aiman meletakkan diri sebaris dengan rakan seangkatannya seperti Nadhir Nasar, Meerqeen dan Aniq Suhair yang turut mencipta nama daripada pertandingan sama.

Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 24, berkata, dia percaya populariti akan datang dengan sendiri jika dia memberi fokus kepada kualiti dan disiplin dalam kerjanya.

"Saya percaya pada satu perkara, masa tidak pernah lambat tetapi masa akan datang pada waktu yang tepat.

"Perkara itu sangat kuat untuk saya pegang dalam karier dan saya percaya dengan adanya kualiti, kepercayaan dan keikhlasan, Insya Allah populariti itu akan hadir dengan sendirinya," katanya kepada mStar.

Untuk rekod Mierul bergelar juara Hero Remaja 2021 sekaligus menumpaskan dua pencabar terhebat, Afiq Taqee dan Fazziq Muqris yang mendapat tempat kedua dan ketiga.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi