suria

Soalan tentang anak perkara biasa, Ryan Bakery nasihat isteri jangan terasa hati 

Ryan minta isteri bertenang apabila ditanya soal zuriat.

MASIH belum dikurniakan rezeki cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu, personaliti media sosial Ryan Bakery sedar soalan berhubung anak menjadi bualan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, bersedia menerima soal tersebut malah sering mengingatkan isterinya Elyia Ibrahim, 24, agar tidak berasa tertekan.

"Siapa tak mahu cahaya mata. Kita berusaha tapi belum ada rezeki lagi. Mohon doa semua untuk saya dan isteri segera dikurniakan cahaya mata.

ryan bakery 33

Ryan dan isteri mohon doa ramai agar segera dikurniakan cahaya mata.

"Saya okey sahaja kalau ada bertanya... ada orang lain yang sudah lama berkahwin pun tapi masih belum ada rezeki.

"Saya sering nasihat isteri agar tidak tertekan atau berkecil hati jika ada orang bertanya tentang perkara itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan nak jahanamkan industri” - Ryan Bakery sedia kena kecam tampil bergelar penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ryan Bakery kongsi kisah selepas dibuang kerja, rupanya isteri bagi modal buat video... “Walaupun belum kahwin dia sanggup keluar duit”

Dalam pada itu, Ryan juga sudah bersedia diserbu peminat yang mahu bertandang ke rumahnya berhari raya apatah lagi popularitinya sedang melonjak ketika ini.

Kata Ryan, persediaan awal juga sudah dibuat memandangkan pernah merasai pengalaman serupa pada sambutan Syawal tahun lalu.

"Tahun lepas pun dah kena serbu. Tak perlu dijemput ada sahaja yang datang untuk berjumpa saya. Memanglah mereka tidak duduk lama di rumah, tetapi datang beramai-ramai dalam satu masa.

“Soal rumah terbuka pula masih belum difikirkan lagi sebab sekarang saya tinggal di rumah ibu bapa. Agak jauh juga dengan Kuala Lumpur kalau nak ajak orang datang open house,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain