suria

Anwar Ibrahim ziarah Rohana Jalil di wad, alami kebocoran usus

Anwar doakan kesihatan Rohana Jalil selepas hampir seminggu dirawat di hospital.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian Anwar di laman Facebook miliknya pada Ahad memberitahu Rohana atau Dara Abd Jalil, 68, mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Anwar melawat Rohana di hospital.

Anwar turut mengambil kesempatan melawat rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis di hospital sama.

"Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), Insya Allah," kata Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil sudah sedar tapi masih kritikal dalam ICU, Jaafar Onn kongsi perkembangan terkini

ARTIKEL BERKAITAN: Komen Berbaur Lucah, Rohana Jalil Tegur Wak Doyok

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Rayuanku itu dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM sejak Selasa lalu.

Meskipun Rohana dalam keadaan kritikal namun penyanyi itu menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan kebocoran pada usus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain