PROGRAM komedi berdiri DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam Sabtu dibatalkan. DFP menerusi kenyataan kepada media pada petang Jumaat memohon maaf atas kesulitan namun tidak mendedahkan punca program itu dibatalkan. "Pihak pengurusan DFP dengan dukacita mengumumkan pembatalan rancangan komedi oleh Harith Iskander, di bawah siri DFP Punchline yang dijadualkan esok. Pihak DFP tidak mendedahkan punca sebenar program komedi Harith dibatalkan. "Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan," katanya. Dalam pada itu, peminat yang sudah membeli tiket diberi dua pilihan sama ada boleh ditukar dengan mana-mana konsert anjuran DFP atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) atau menerima pulangan bayaran balik. ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro dah buat laporan polis, dakwa lawak ditulis Harith Iskander buka ruang agama dipersenda ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pelawak baharu tapi buat ‘live’ hancur, tiada siapa mampu jadi Harith Iskander di pentas ‘stand up comedy’ "Tiket boleh ditukar dengan mana-mana konsert DFP atau MPO lain dalam musim ini. "Kedua, bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan pada masa pembelian. "Semua pertukaran atau permintaan bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 8 Februari ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!