PELAWAK Shahrol Shiro selesai membuat laporan polis terhadap Harith Iskander di Balai Polis Kluang, Johor pada petang Isnin. Dalam laporan polis yang dikongsi itu, Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 41, mendakwa status ditulis Harith di laman Facebook telah membuka ruang kepada netizen memberikan komen yang dianggap mempersenda serta menghina kesucian agama Islam. Shahrol selesai buat laporan polis. "Harith Iskander dan Ccelia Yap, laporan polis on!” katanya menerusi satu hantaran di Instagram. Bersama kapsyen tersebut, Shahrol turut berkongsi foto laporan polis yang dibuat. Pada Ahad, Shahrol meluahkan rasa kurang senang dengan penulisan Harith di Facebook dan berpendapat lawak berkenaan melampau kerana membuka ruang agama dijadikan satu bahan untuk dipersendakan. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pelawak baharu tapi buat ‘live’ hancur, tiada siapa mampu jadi Harith Iskander di pentas ‘stand up comedy’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sengketa 3 tahun Ajak dan Shahrol sudah berakhir, persahabatan kembali bertaut Susulan itu Shahrol memberitahu dia akan ke balai polis dalam masa terdekat untuk membuat laporan. Bagaimanapun, sehingga kini Harith atau Harith Iskander Musa, 59, masih mengunci mulut berhubung isu berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shahrol dan berharap perkara yang berlaku menjadi pengajaran. Tangkap layar status dibuat Harith dan komen mengenai lawak tersebut. "Terbaik, memang tak boleh beri muka pada mereka yang persenda agama. "Terima kasih Shahrol, semoga menjadi pengajaran buat mereka di luar sana. "Laju Shahrol buat kerja, tak boleh beri muka pada orang macam ini," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!