PEREKA fesyen Razman dan Razmi enggan menyelesaikan kejadian melibatkan mereka di luar mahkamah termasuk enggan menarik repot polis terhadap individu yang menjejaskan reputasi mereka. Tanpa menyebut nama individu tertentu, Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46, menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan pihak berkenaan apatah lagi insiden yang berlaku sudah memburukkan nama mereka yang dibina sejak 25 tahun lalu. “Jangan nak suruh orang kau sana sini wakilkan minta pihak kami tarik kes dan selesai luar mahkamah. Razman Razmi tegas dengan keputusannya. “Kau dah buat kami malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan (tanggung) kos perubatan. “Jejaskan nama baik kami selama 25 tahun dalam perniagaan. Pandai pula telefon rakan artis, kawan kakak kau... Dah buat kau tanggung,” katanya. Razman dan Razmi berkongsi perkara itu menerusi Instastory mereka pada Sabtu. Pun begitu, Razman dan Razmi bersedia menyelesaikan perkara itu jika pihak berkenaan sedia membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada mereka. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aqo Imran mengaku tak bersalah pukul Razman Razmi, berdepan hukuman penjara 10 tahun ARTIKEL BERKAITAN: [V] Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca tapi dah bayar sedikit demi sedikit Bagaimanapun pereka fesyen itu berharap individu terbabit menghormati proses mahkamah dan tidak mendekati mereka. "Ingat senang kami nak hadap? Pandai pula nak selesai luar mahkamah dan minta maaf macam itu sahaja. "Kau rasa apa kami rasa. Kau tak fikir pun sebelum buat. Tolong jangan ganggu kami. Kan dah dapat arahan tak boleh dekat atau ganggu kami. "Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat PC (sidang media) minta maaf satu Malaysia. Itu pun kalau kau ada duit," ujarnya. Jangan sesiapa pun ganggu kami. RAZMAN RAZMI PEREKA FESYEN Malah pasangan pereka fesyen itu juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi kerana mencemarkan nama baik mereka. "Tak semudah itu, tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri. Kami serahkan kepada pihak berwajib urus. "Jangan sesiapa pun ganggu kami kecuali hal-hal berkaitan perniagaan," luahnya. Dalam satu kejadian pada 8 Januari lalu, Razman dan Razmi secara tiba-tiba diserang seorang jurugambar sehingga mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya. Kenyataan yang dikeluarkan Razman Razmi. Kejadian itu berlaku pada acara karpet merah Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor. Pasangan duo pereka fesyen itu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara dan suspek ditahan pihak berkuasa. Menerusi satu temu bual bersama mStar, Razman memberitahu dia mengenali jurugambar menyerang mereka selain mengaku ada urusan sebanyak RM20,000 berkaitan penjualan sebuah kereta pada 2019. Kejadian ketika Razmi (kiri) dan Razman luka akibat dipukul. Sementara itu, Jurugambar berkenaan, Aqo Imran atau Muhamad Imran Khairil, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat atas dua pertuduhan mencederakan Razman dan Razmi. Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mereka menggunakan kamera sebagai senjata. Kes akan disebut semula pada 28 Februari 2025. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!