suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan gagal bayar sewa punca rumah bakal dilelong, Farid Kamil sedang usaha selesai tunggakan

Farid segera selesaikan tunggakan selepas menerima khabar lelongan.

PELAKON Farid Kamil sedang dalam usaha menyelamatkan kediaman miliknya di Bandar Saujana Putra (BSP), Selangor daripada dilelong.

Pengurusnya Azahari Hamid berkata, ketika ini Farid sedang menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman rumah semi D itu dengan pihak bank.

"Panjang ceritanya tapi saya sedang selesaikan perkara ini dan rumah itu dapat diselamatkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

553 (6)

Gambaran rumah lelongan yang dipercayai milik Farid.

Dalam pada itu, Azahari memberitahu Farid tidak tinggal di rumah tersebut sebaliknya ia disewakan kepada kenalan aktor tersebut sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun penyewa gagal membayar sewa sejak tahun lalu sehingga menyebabkan masalah kepada Farid.

"Sebelum ini bayaran bulanan terus dimasukkan ke bank oleh penyewa tapi sejak pertengahan tahun lalu dia gagal berbuat demikian kerana mengalami masalah kewangan," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah teres Farid Kamil dilelong bermula RM522,000

ARTIKEL BERKIATAN: [V] Tiada halangan jumpa anak-anak, Farid Kamil pilih bersendirian ‘cari’ jawapan

Sebelum ini, tular di media sosial iklan rumah berkenaan bakal dilelong pada 22 Januari ini.

Rumah dengan keluasan 1,760 kaki persegi itu dikatakan di bawah pemilikan bumiputera dan dibeli pada 2011.

Ia bakal dilelong dengan harga bermula RM522,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain