DESAS desus mengenai hubungan pelakon Erra Fazira dengan usahawan Ezwan Zain bukan lagi rahsia. Erra atau Fazira Wan Chek, 51, bagaimanapun memilih tidak terlalu terbuka bercakap mengenai hubungan tersebut memandangkan ia masih di peringkat awal. “Setakat ini saya masih kekalkan cara saya, tidaklah terlalu terbuka dan tidak juga sampai ‘mengongkong’ diri saya. Erra tersipu malu apabila disoal mengenai Ezwan. "Saya baru buka ‘pintu’ mengenali dia dan sekurang-kurangnya saya ada teman bicara," katanya kepada mStar. Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui di Kenduri Seeni by Borak Seeni yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Erra tidak tahu menahu kononnya dia bakal mengumumkan sesuatu pada 7 Februari ini seperti heboh diperkatakan ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Doakan... Erra Fazira sedang kenal hati budi, pengurus dedah lelaki dalam foto dikongsi ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira sentiasa pantau anak gadis, letak syarat kalau mahu keluar bersama kawan Katanya, khabar angin tersebut hanya andaian orang ramai kerana ia mungkin berhampiran ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 9 Februari. "Kita tenang-tenang saja tapi tiba-tiba dijentik dengan perkara itu. Saya tak tahu apa-apa. "Saya tak tahu macam mana boleh ada khabar angin seperti itu tapi saya rasa mungkin tarikh itu hampir dengan hari lahir saya. Mereka yang buat spekulasi sendiri," ujarnya. Saya masih tiada perbincangan selanjutnya. ERRA FAZIRA PELAKON/PENYANYI Pelantun lagu Pasrah ini juga memberitahu dia kini lebih matang dan pastinya akan berkongsi sebarang berita gembira dinantikan peminat sekiranya ada. Malah dia juga berharap peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya. "Di usia ini saya rasa sudah matang agak mustahil untuk menyembunyikan sesuatu yang baik. Saya masih tiada perbincangan selanjutnya kerana ia masih diperingkat awal. Erra dan Ezwan ditemani pengurus melawat kenalan bersama. "Saya mohon doa semua kerana saya pun tidak tahu hala tuju hubungan ini tapi apa saja yang terbaik Allah aturkan saya terima dengan reda," luahnya. Pada awal Januari lalu, perkongsian Erra menjadi perhatian ramai apabila menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran buat Ezwan. Malah menerusi temu bual bersama mStar, pengurus aktres berkenaan iaitu Sharendra Abd Razak mengakui Erra dan Ezwan kini dalam fasa mengenal hati budi masing-masing. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!