suria

Datang konsert Ernie Zakri tapi kena berdiri, Misha Omar kesal individu ambil tempatnya tidak minta maaf

Misha terpaksa berdiri lama dalam acara disebabkan kesalahan orang lain.

HADIR menyaksikan konsert Aura Ernie Zakri yang berlangsung pada malam Sabtu, penyanyi Misha Omar geram apabila terpaksa berdiri lama di acara berkenaan.

Menurut Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, ia susulan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil tempat duduk miliknya sehingga dia terpaksa berdiri.

"Semua beli tiket masing-masing, duduklah di tempat awak.

misha 2

Misha meluahkan rasa kesal dalam video di Instagram.

“Saya kena berdiri hampir lima lagu disebabkan awak duduk di tempat saya.

“Pihak penganjur pula kena dapatkan pengesahan itu adalah tempat duduk saya. Jadilah manusia bertanggungjawab," katanya.

Misha meluahkan perkara tersebut di Instastory miliknya selepas dia pulang dari menyaksikan konsert yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik, Misha Omar bukan penyanyi wanita Kelantan ditahan polis bersama pil kuda

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Idris bukan ‘pancing’ perhatian, Misha Omar bangga tengok usaha anak sebagai hos

Tambah penyanyi ini lebih mengecewakan lagi apabila individu berkenaan hanya berlalu pergi selepas diminta mengosongkan tempat duduk tersebut tanpa mengucapkan sebarang kata maaf.

"Awak telah cipta masalah yang tak perlu di tempat konsert.

"Duduk di situ macam tiada dosa dan berlalu tanpa minta maaf," luahnya.

misha 3

Misha nasihat penonton lebih bertanggungjawab ketika hadir ke konsert.

Dalam pada itu, penyanyi ini sempat berseloroh menyatakan kebimbangan sekiranya dia membeli tiket palsu kerana membi menerusi laman sosial.

Misha bagaimanapun memuji tindakan pantas pengurusan konsert kerana berjaya menyelesaikan kekalutan yang berlaku dalam masa singkat.

"Kakak saya di sebelah sudah risau, sebab takut kena scam.

"Pujian harus diberikan kepada adik usher kerana dapat kenal masalah dengan cepat. Tidaklah saya berdiri lama macam tiang lampu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain