suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebah di masjid, Jojo One Nation Emcees meninggal dunia

Jojo (kiri) meninggal dunia selepas rebah di dalam masjid.

ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau Nur Hasan Balas meninggal dunia pada pagi Ahad dipercayai akibat serangan jantung.

Berita duka itu dikongsi penyanyi Mimy Fly yang memaklumkan sahabatnya itu meninggal dunia selepas rebah di dalam masjid.

"Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

jojo - 1

Jojo tiba-tiba rebah selepas perjumpaan kumpulan tabligh.

"Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Mimi berkata meskipun sudah lama tidak berjumpa namun mereka masih kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Sombong Tidak Jejaskan Mimi (One Nation Emcees)

ARTIKEL BERKAITAN: Benci sebab tak faham... Mimi Fly gembira hubungan dengan doktor pakar Amerika mula diterima

Tambah Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, Jojo seorang sahabat yang baik.

"Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

"Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain