suria

Selepas 3 tahun bercerai, pelakon Anis Al Idrus kembali bergelar isteri

Anis mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati.

PELAKON dan pengacara Anis Al Idrus menamatkan zaman janda selepas selamat kembali bergelar isteri dengan pasangannya pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi oleh rakan artis iaitu pelakon Ika Nabella yang meluahkan rasa teruja melihat sahabat baiknya itu kembali bertemu jodoh.

"Walaupun saya tidak dapat menyaksikan hari pernikahan sahabat saya Anis bersama cinta hatinya, saya teruja berkongsi kegembiraan ini pada hari istimewa mereka," katanya.

Ika terharu melihat sahabat baik bernikah semula.

Ika terharu melihat sahabat baik bernikah semula.

Ika berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Ika atau Nabila Abdul Rahim, 35, turut mendoakan agar sahabatnya itu dikurniakan kebahagiaan bersama suami tercinta.

"Saat awak (Anis) melangkah ke alam perkahwinan ini, saya doakan agar pernikahan kalian dipenuhi dengan gelak tawa dan rahmat Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya tahun lepas Anis Al Idrus cerai, terpaksa umum kerana tak mahu timbul fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada, Alhamdulillah... kalau tiada pun bersyukur” - Anis Al-Idrus serah takdir soal zuriat

"Saya doakan juga cinta kalian semakin mekar setiap hari dan menemui kebahagiaan. Saya sangat bangga dengan awak (Anis). Tahniah sahabat baik saya!," ujarnya.

Untuk rekod, Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal, 37, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai 2017 namun bercerai pada 2022.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain